Keesokan harinya, Kaito berjumpa dengan Yuki. "Kaito! Ada apa awak mahu berjumpa dengan saya?" tanya Yuki. Tanpa dijawab persoalan itu, Kaito terus memeluk Yuki,
"Kaito...?" sebut Yuki. "Yuki, awak mesti simpan janji awak." kata Kaito dan kemudian meregangkan ikatan pelukan mereka. Sambil memandang wajah Yuki, "Esok saya ingin pulang ke Hokkaido, awak mesti jaga diri awak." kata Kaito. "Baiklah, awak juga." balas Yuki. "Sayonara!" kata Kaito. Lambaian Kaito itu merupakan yang terakhir dilihat oleh Yuki walaupun sebenarnya, dia masih keliru dengan sikap Kaito dan tidak tahu bahawa pertemuannya bersama Kaito pada petang itu adalah yang terakhir buat selama-lamanya.
Seminggu telah berlalu, tanpa perkhabaran Kaito. Yuki telah memegang surat pemberitahuan pemindahan jantung yang bakal dilaluinya. " Yuki..." panggil Misaki. "Kenapa awak muram saja? Awak takut ke?" tanya Misaki. "Ahh, takdeklah. Saya cuma kehairanan, Kenapa Kaito tidak jawab panggilan saya," tanya Yuki. Kata-kata Yuki telah menimbulkan keluhan dari Misaki. Sambil memegang kedua bahu Yuki dan memandangnya, "Yuki, kalau awak nak beri kebahagian awak kepada Kaito, awak kena bersiap sedia segala cabaran. Lagipun, awak sendiri tidak beritahu Kaito tentang penyakit awak kan?" tanya Misaki. Yuki tunduk bersalah. "Jangan tunjuk muka awak dalam keadaan begini kepadanya, awak kan sudah berlakon dari awal dihadapan Kaito? Dia tak kan tahu punya. Awak mesti berjaya dalam pembedahan kali ini. Percayalah!" kata Misaki memberi sokongan.
bersambung...........
0 comments:
Post a Comment