"Pagi!" ucap Yui kepada Ryosuke semasa dia melangkah masuk ke ruang tamu.Ryosuke melihat pelbagai jenis makanan di meja makan. "Kau masak semua ni ke?" tanya Ryosuke seakan-akan tidak percaya. "Yup, macam mane? Sedap tak bau?" soal Yui pula. Kemudian Yui menarik tangan Ryosuke dan mendudukkan Ryosuke di meja makan lantas meletakkan sarapan pagi di pinggan lelaki itu. Ryosuke merasa sedikit masakan Yui tidak sabar. Kemudian Ryosuke menunjukkan sign 'OK' kepada Yui dan mengusap dahi gadis itu. Yui tersenyum riang.
Hari ini, Ryosuke perlu membuat persembahan di sebuah acara TV. Seperti biasa, Yui perlu membawa barang2 keperluan Ryosukeke bilik persalinan. Semasa di bilik persalinan, mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Ryosuke masih berdebar-debar manakala Yui pula sibuk mengemas barang milik Ryosuke.
"Ryosuke, sila bersedia!" ujar salah seorang krew di situ, lantas meninggalkan mereka berdua. Ryosuke hanya mengangguk, dia semakin cemas. Yui yang berada di situ menyedari eksperisi muka Ryosuke. Yui mendekati Ryosuke. "Kau ok ke?" tanya Yui. Ryosuke memandang tepat ke matanya. Yui menggenggam tangan Ryosuke, sejuk. "Kau nervous ya?" tanya Yui lagi. "Aku tertinggal rantai aku...rantai tu pemberian bapa aku sebelum dia pergi. Setiap kali konsert, aku mesti bawa sebagai azimat. Tapi kali ini, aku punya rantai tertinggal!" terang Ryosuke. Lantas Yui menarik Ryosuke dan memeluknya. Ryosuke terkejut dengan tindakan Yui. "Aku yakin kau boleh buat, sebab selama ni kau bukannya bergantung kepada rantai tu, tetapi kepada minat dan peminat kau! Kau seronok bila di pentas disebabkan rasa minat kau terhadap muzik dan peminat kau selama ni menyokong kau, tapi bukannya rantai itu..." Yui meleraikan pelukan, dia memandang tepat ke mata Ryosuke. "Trust me... you can do it! Gambatte!" Yui memberi kata semangat. Ryosuke terasa hatinya berdebar-debar semasa di pelukan Yui. Dia mula bersemangat mendengar kata Yui. Hari ini lagunya mendapat tempat pertama di J.Chart.
bersambung......................
Sunday, January 30, 2011
No Other (ep3)
Posted by Idzni Athira at 3:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment