BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Konichiwa ! Selamat datang ke blog TIRA ni ^^ Hope korang enjoy ! Don't forget to follow me ya ? Peace no war !

Friday, January 21, 2011

My HeArT~ (last episod) ni la yg pling sdih skali T_T

Sudah sebulan Yuki tidak menerima sebarang berita dari Kaito. Kini, tiba masanya, Yuki keluar dari hospital dan memulakan hidup baru dengan jantung yang baru diterimanya. " Yuki, kenapa awak muram saja ni?" tanya Misaki. " Saya mahu berjumpa dengan Kaito." kata Yuki tunduknya sayu. "Mari, saya bawa awak berjumpa dengan Kaito." kata Misaki. "Ha?? Kaito dah balik ke?" kata Yuki dengan senyuman.



 Yuki dibawa ke dewan memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia. Yuki menarik tangan Misaki " Misaki...kenapa awak bawa saya ke sini. Saya mahu berjumpa dengan Kaito..." tanya Yuki. "Awak nak berjumpa dengan Kaito kan? Itu Kaito.." Misaki menunjukkan ke arah kanan Yuki.



 Terdapat gambar Kaito yang digantung dengan reben hitam dan tertulis 'Tachibana Kaito', meninggal dunia akibat sakit, bertarikh sebulan yang lalu. Yuki berjalan perlahan ke arah gambar tersebut seolah-olah dirinya dipukau orang. Air matanya mengalir di pipi. " Kaito...." , dia kemudian berlari ke arah Misaki dan terus meraung sambil memukul Misaki, "Kenapa? Kenapa Kaito? Misaki...!!!! Jawab persoalan saya!!" suara tangisan Yuki bergema di seluruh dewan. "Maaf, kerana merahsiakan perkara ini." kata Misaki perlahan. Dirinya turut mengalir air mata kerana berasa bersalah terhadap Yuki. Misaki menyerahkan sampul surat kepada Yuki. "Ambil ini, Kaito mahu saya beri pada awak." kata Misaki membiarkan Yuki sendirian.





Surat itu dibuka Yuki........."Yuki....kekasihku, maafkan saya kerana menghilangkan kepercayaan awak terhadap saya. Saya sebenarnya telah menghidap penyakit kanser setelah sekian lamanya. Peratus untuk saya hidup adalah sedikit. Saya cuba untuk lakukan yang terbaik bila berhadapan dengan awak. Tapi semakin lama berada di samping awak, saya merasakan masa semakin cepat berlalu. Saya telah hidup dengan suluhan cinta awak selama ini. Malangnya, saya bukan untuk awak. Awak lebih layak bersama Misaki. Dia boleh berikan sebahagiaan kepada awak. Apa yang ada pada saya, tidak sama dengan Misaki. Percayalah, dia selayaknya untuk awak. Awak mesti tunaikan janji awak. Jantung itu merupakan satu suluhan cinta saya, yang saya simpan dalamnya semua kisah kita. Saya telah berjumpa dengan Misaki untuk mengenal pasti penyakit awak. Saya terbaca laporan kesihatan awak masa lalu. Saya nekad untuk menyerahkan jantung ini pada awak. Saya taknak cinta ini mati begitu saja. Apa yang saya mahu, Tomoya Yuki dicintai dan terus dicintai. Terima kasih kerana sudi menerima insan seperti saya ini untuk dijadikan putera dihati awak. Maafkan saya, Yuki. Awak mesti pegang pada janji awak percaya bahawa cinta saya sentiasa berada disisi awak. Sayonara....(Selamat tinggal...)  -Tachibana Kaito-  ...."Kaito...!!!!!!!" jeritan Tomoya Yuki diikuti air matanya bergema seluruh dewan sekali lagi. Dia merasakan degupan jantung barunya, seolah-olah Kaito berada di sampingnya....

Tamat........T_T

(-.-"  maaflah sbb dlm cite ni xde muke Misaki dgn Senpai Kiromiya... ssh nk cari gmba2 diorng)

0 comments: